top of page

Usim Darul Quran Muncul Juara i-Reka 2015


juara i-Reka 2015

USIM - Menepati ciri-ciri yang diinginkan oleh pihak penganjur, Pelajar dari Usim Darul Quran berjaya merangkul gelaran Juara dengan penghasilan produk yang bertajuk ‘Braille for All’.

Menurut Khairul Anuar bin Doing, wakil dari juara i-reka 2015, produk yang mereka hasilkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri berlainan dengan produk yang dihasilkan oleh peserta lain.

“Terdapat keistimewaan produk kami yang membezakan produk kami dengan produk yang lain. Kami khususkan kepada golongan orang kurang daya penglihatan dan orang biasa untuk belajar dengan braille”, jelas Anuar.

“Produk kami merupakan salah satu bentuk hiburan kepada orang yang kurang daya penglihatannya mahupun orang biasa supaya mereka boleh belajar dan bermain dengan produk kami”, tambah Anuar lagi.

Anuar menerangkan mengenai hiburan yang dimaksudkan bahawa ianya berkait rapat dengan kandungan yang mereka ciptakan. Mereka menyediakan kandungan yang mana ianya membina perkataan dari tiga bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“sebenarnya, tujuan utama kami mencipta produk sebegini kerana kami bersimpati dengan golongan orang kurang daya penglihatan. Sedangkan kita yang celik menginginkan hiburan dan permainan disamping belajar, apatah lagi mereka. Kami meletakkan keadaan seandainya kami berada dalam situasi yang sama”, kata Anuar.

Membawa kepada konsep yang dibawa oleh USIM iaitu berlandaskan Aqli dan Naqli, i-Reka 2015 berjaya mencapai target sebanyak 103 penyertaan daripada 8 domain yang dijalankan di Dewan Tuanku Canselor, USIM.

Setiap domain menghasilkan pelbagai reka bentuk yang sangat menarik.

i-Reka pada kali ini terbuka pada pelajar dari universiti lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia yang menghantar sebanyak 8 produk dan USIM Darul Quran menghantar sebanyak 8 penyertaan.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page