top of page

Anjakan Sistem PendidikanTinggi di IPTA Kaedah "BLUEPRINT"

Meneruskan bidang pembelajaran dengan bahan bantu mengajar (PSPTN) yang sedia ada membuatkan ilmu itu tidak berkembang.

Kaedah pendidikan Blueprint diperkenalkan dalam satu program Pelan pembangunan pendidikan tinggi.

Setelah dua tahun kementerian membuat kajian pendidikan berdasarkan Blueprint dan ia juga dapat mengubah sistem pendidikan di Malaysia.

Perubahan dalam pendidikan kaedah Blueprint masih bergerak secara berterusan dan kaedah ini sangat disokong oleh tokoh ilmuwan luar negara yang membuat kajian mengenai pendidikan.

Semua isi kandungan Blueprint ini ditulis oleh para ilmuwan dan graduan Malaysia dengan 20 penerbit dan 42 penulis .

Kebanyakan alat dan bahan bantu mengajar adalah di sediakan oleh penjajah negara terutamanya Jepun dan British.

Blueprint yang diperkenalkan oleh pelaksana pembangunan pengajian tinggi Dato' Prof Asma' adalah student centred.

Sistem ini juga mendapat tohmahan daripada pelbagai pihak, ini adalah kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan tentang maklumat serta kaedah pembelajaran Blueprint.

Sistem ini juga telah membuat kajian terhadap pemegang PHd dalam institut pengajian tinggi awam 15 ribu daripada 67 ribu pelajar dalam pendidikan.

Institut pengajian tinggi swasta 24 ribu pelajar hanya 3200 pelajar pemegang PHd dan ramai orang terlalu mengejar untuk belajar di IPTS.

Sejurus dengan itu , pihak kerajaan bertungkus lumus dalam meningkatkan sistem pendidikan tinggi untuk melahirkan para ilmuan dengan pemegang PHd lebih ramai lagi.

Agenda kerajaan hanya berada di IPTA untuk menjayakan sistem pendidikan kerana IPTS mereka tidak boleh bersaing jika mereka kekurangan pelajar luar negara.

Malaysia mensasarkan Universiti Malaya antara 100 universiti di Asia kerana pemilihan pelajar-pelajar yang penuh berkualiti dengan CGPA 3.75 ke atas berteraskan prinsip "To be the best, they need take the best".

UITM Shah Alam juga termasuk dalam sasaran dengan 3000 pensyarah akademik dapat mengawal lebih 30 ribu pelajar dan ini amat membanggakan kerajaan kerana melahirkan pelajar-pelajar yang berinovasi.

Dato' Prof. Dr. Asma memberi pendedahan kaedah pendidikan Blueprint dalam Majlis Pelan Pembangunan di USIM.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page