top of page

'HARI PENDIDIK' CETUS HUBUNGAN YANG BAIK ANTARA PENSYARAH DAN MAHASISWA

USIM – Program Hari Pendidik pada kali ini lebih merapatkan lagi hubungan antara para pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan pelajar apabila pelajar yang hadir bukan sahaja dari pelajar tahun 1 malah pelajar tahun lain juga turut hadir untuk memeriahkan lagi program ini.

Program hari pendidik ini diadakan di Dewan Kuliah Fakulti 2.1, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS), bermula jam 2.30 petang yang dirasmikan oleh Dr. Azizi Bin Ismail, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU).

“Saya sangat bersyukur dan teruja apabila program ini berjalan dengan lancar kerana program ini merupakan salah satu platform dan galakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pendidik dan pelajar dengan lebih baik dan mantap”, kata Dr. Azizi.

Khadijah Nabihah Binti Che Halipa, pelajar tahun 1 Bahasa Arab Dan Komunikasi, Setiausaha Program berkata, objektif utamanya program ini adalah untuk mewujudkan biah yang baik dan rasa penghargaan atas pengorbanan pensyarah dalam mencurahkan ilmu mereka kepada kita sebagai pelajar.


“Apa yang kita dapat daripada program ini ialah menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi meluangkan masa bersama pensyarah walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan”, kata beliau.


“Di samping itu, Alhamdulillah kami menerima sokongan dan respon yang baik dari para pensyarah, staf dan pelajar FPBU khususnya, agar program ini diteruskan pelaksanaannya pada masa akan datang. Meskipun program ini terlalu simple, namun hasilnya memberi impak yang besar kepada para pensyarah dan juga pelajar”, kata beliau lagi.



Wakil pelajar tahun 3 membuat persembahan sempena Hari Pendidik.

Lebih meriah lagi apabila Dr. Azizi sendiri yang membuat persembahan dengan menyampaikan sebuah sajak bagi wakil pendidik-pendidik yang lain.


“Hormatilah guru kerana sebaik-baik guru yang mengajar dengan menggunakan sebatang pen pada generasi yang pertama, merekalah yang mengeluarkan kita daripada kegelapan dan memberikan petunjuk cahaya yang jelas dan nyata”, antara bait sajak dari Dr. Azizi.


Program ini menampilkan wakil pelajar FPBU dari tahun 1 hingga 3 mempersembahkan persembahan masing-masing antaranya dikir barat, nasyid, lakonan bagi memeriahkan lagi suasana program hari pendidik ini.


Dr. Ayad Abdullah, Pensyarah Kanan Bahasa Arab FPBU, menawarkan diri untuk berucap sepatah dua kata sebagai pesanan kepada para pelajar sebelum berakhirnya program ini.


“Perkara yang paling membahagiakan para guru apabila pelajar berjaya menggunakan ilmu yang disampaikan dengan betul dan turunkan kepada generasi akan datang”, kata beliau.


Program Hari Pendidik ini dianjurkan oleh pelajar Tahun 1 Fakulti Pengajian Bahasa Utama pada tarikh 20 Mei 2015 yang melibatkan para pensyarah serta staf dan pelajar dari fakulti ini untuk mewujudkan silaturrahim yang baik antara kalangan masing-masing.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page