top of page

Obesiti dan gaya hidup.

Setiap tahun semakin meningkat kadar pengidap obesiti dalam negara kita disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak seimbang dan mengikut diet yang salah.

Obesiti juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik yang merbahaya seperti diabetes,darah tinggi,sakit jantung,sakit buah pinggang serta mempunyai kadar hormone yang tidak stabil.

Pengambilan pola makanan yang buruk dan berlebih-lebihan atau terlalu sedikit makan dari yang sepatutnya dengan tidak memerhatikan keseimbangan kalori makanan yang diambil sehingga menyebabkan diserang pelbagai penyakit.

“Mencegah lebih baik daripada merawat” adalah ungkapan yang sering didengari tetapi tidak diamalkan dan Rasulullah SAW juga mengingatkan kepada kita bahawa punca utama timbul penyakit kerana memakan satu makanan melebihi had yang sepatutnya.

Fakta yang telah dikeluarkan oleh kajian kesihatan bahawa obesiti adalah penyakit yang membawa maut di tangga kedua selepas penggunaan tembakau(rokok).

Sedar atau tidak Malaysia merupakan negara teratas yang mengungguli carta penduduk paling ramai menghadapi obesiti di rantau Asia Tenggara manakala berada di tempat keenam di rantau Asia Pasifik.

Hal ini sedemikian rakyat seharusnya menyedari dan bangkit untuk mengubah gaya hidup dan amalan pemakanan yang seimbang dan aktiviti riadah dengan kadar minima sebanyak tiga kali seminggu.

Aktiviti riadah yang paling berkesan adalah diwaktu pagi setelah bangun dari tidur kerana di waktu itu otot-otot dalam badan manusia masih longgar dan mudah dibentuk berbanding pada waktu petang.

“Beriadah sebelum mengambil sarapan dapat mengurangkan berat badan manakala beriadah di waktu petang untuk menambah stamina”

Ada juga yang berpegang pada kata-kata “makanlah selagi ada selera sebab nanti kalau dah sakit apa pun tidak boleh makan”

Cara pemakanan juga haruslah di ambil perhatian yang maksima seperti mengambil sarapan dan makan malam dengan kalori yang tinggi.

“The worst breakfast is no breakfast at all.” Pepatah yang menerangkan betapa teruknya jika kita tidak mengambil sarapan pagi dengan kadar kalori yang sepatutnya.

Amalan memakan makanan segera dan makanan ringan juga menjadi tabiat rakyat melaysia yang dapat dilihat segelintir ibu bapa mendidik anak mereka sejak kecil lagi.

Ada yang menyangka bahawa dengan tidak mengambil makanan ruji seperti nasi serta menggantikan nasi dengan makanan segera dan makanan ringan dapat menurunkan berat badan dengan cepat malah ia adalah cara terburuk.

Tidur yang tidak cukup serta pengambilan makan pada lewat malam juga menjadi faktor utama kenaikan berat badan.

Hal ini kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam membuatkan lemak semakin berkumpul terutama di bahagian perut.

Perut yang kekenyangan akan membekukan hati,merosakkan akal , menumpulkan ingatan ,menjadikan diri malas untuk beribadah ,menguatkan hawa nafsu syahwat dan memberikan laluan untuk syaitan bermaharajalela merupakan aspek rohani yang terpenting dalam diri khalifah.

Artikel published by Berita Harian,

Penulis : Muhammad Amirul Firdaus bin Buang.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page