top of page

Celik Fiqah tangani Isu dalam pergigian

USIM- Seramai 660 peserta menyertai Seminar Kebangsaan FiqhPergigian 2015 yang bertemakan “Celik Fiqah Isu dalam Pergigian” anjuran Fakulti Pergigian pada 9 Mei 2015 yang bertempat di Dewan Besar Universiti Sains Islam Malaysia.

Seminar ini dianjurkan selaras dengan visi dan misi USIM untuk mengembangkan ilmu naqli dan aqli ujar Dekan Fakulti Pergigian USIM, Dr.Haslinda Ramli

.

“Celik Fiqah Isu dalam Pergigian telah dipilih sebagai tema kali ini sejajar dengan matlamat seminar iaitu membolehkan ilmuwan-ilmuwan agama dan pakar-pakar pergigian berkongsi ilmu mengenai kemusykilan fiqah tentang beberapa rawatan pergigian dan bahan-bahan yang digunakan,” ujar beliau lagi.

Salah seorang peserta seminar,DrNazirah dari Klinik Pergigian Serendah program ini sangat bagus kerana terdapat banyak info terbaru berkait dengan fatwa tentang pergigian yang patut didedahkan kepada masyarakat.

“Lebih baik diberi pendedahan kepada masyarakat terutama masyarakat luar yang tidak tahu tentang rawatan pergigian dan fatwa berkait dengan fiqh pergigian,”tambah beliau.

Menurut Doktor Siti Aisyah bt Abd. Ghafar, pensyarah Fakulti Pergigian USIM selain daripada pelajar USIM,antara universiti yang hadir adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UITM), Universiti Malaya(UM) serta universiti swasta.

“Peserta luar yang paling ramai hadir seminar ini adalah UIAM Kuantan.Terdapat juga doktor dari kerajaan dan swasta,” tambah beliau lagi.

Tujuh doktor pakar pergigian dan agama Malaysia menjadi panel dalam Seminar Kebangsaan FiqhPergigian 2015.Antara doktor pakar dan penceramah yang terlibat adalah SS Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Prof.Dato’ Dr.Wan Mohamad Nasir Wan Othman Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Dr.Rasidah Ayob, Dr. Mohamad Muzafar Hamirudin, Dr. IrwanMohdSubri, DrFirdaus Hariri serta Dr. Azrul Hafiz Abdul Aziz.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page