top of page

FPQS dan FPBU Bergabung Pada Senamrobik

USIM – Lebih kurang 100 pelajar termasuk beberapa orang pensyarah dan kakitangan fakulti pengajian bahasa Utama (FPBU) serta Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) beramai-ramai melakukan aktiviti senamrobik di Pusat Sukan Tuanku Najihah.

Bertemakan warna hitam dan oren, program tersebut dianjurkan dengan kerjasama dari Nadi Thaqafah dan Seketriat Perhubungan Pelajar.

Siti Hajah Asmadi, wakil daripada Exco Akademik dan Intelektual Nadi Thaqafah berkata program sebegini merupakan satu program yang amat baik.

“Bukan sahaja aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu mampu membuat kita semakin sihat malah ianya juga merupakan satu platform untuk pelajar dari kedua-dua fakulti untuk saling mengenali antara satu sama lain”, Kata Hajah.

Tambah beliau, program sebegini mampu mengajak mahasiswa yang biasanya memberi alasan tiada masa untuk bersenam dek masalah kekangan masa untuk sama-sama meluangkan masa bersama para pensyarah dalam aktiviti sukan ini.

Menurut Nur Syafika binti Mohd Noor, pelajar tahun 3 FPQS pula beliau seronok dengan adanya program sedemikian kerana aktiviti ini bukan hanya melibatkan pelajar dan pensyarah dari fakulti beliau sahaja, malah pelajar dari FPBU juga terlibat sama.

“Apa yang saya lihat, bukan sahaja pelajar dari dua buah fakulti ini sahaja yang terlibat. Ada juga rakan saya yang merupakan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi turut sama dalam aktiviti sebegini”, jelas beliau.

Beliau menyatakan harapan beliau agar program seperti ini dikekalkan menjadi aktiviti mingguan dan ianya dapat diadakan dengan lebih gah serta meriah disamping mendapat sambutan dari ramai pihak sama ada pensyarah mahupun para pelajar.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page