top of page

USIM Street Dakwah Bantu Pelarian Rohingya

ALAMANDA, 23 Mei 2015 - USIM Street Dakwah meneruskan aktiviti penyampaian dakwah menerusi busking muzik di Pusat Membeli belah Alamanda Putrajaya bagi membantu kutipan dana untuk pelarian Rohingya.

Sebelum ini, USIM Street Dakwah pernah mengembara ke Pasar Seni Kuala Lumpur. Kini, mereka telah memilih pusat membeli belah Alamanda Purajaya sebagai lokasi bagi tujuan menyampaikan dakwah. Pusat Kebudayaan USIM selaku peneraju program turut bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia dan Alamanda Putrajaya.

Usaha mereka dengan mendekati masyarakat, ditambah dengan pengisian persembahan seni yang baik dapat memberi manfaat dalam penyampaian dakwah. Setiap lagu yang disampaikan oleh mempunyai mesej- mesej yang mengajak masyarakat menghayati makna lagu yang disampaikan.

Persembahan USIM Buskers menampilkan band akustik, ensemble perkusi, taranum, tarian tradisi dan cak lempong. USIM Street Dakwah memilih konsep busking oleh kerana pendekatan seperti ini kelihatan lebih santai, berkesan dan mudah untuk mendekati masyarakat.

Menurut Encik Ismail Ahmed selaku Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, usaha yang dilakukan oleh USIM Buskers ini sangat terpuji kerana pelajar USIM mampu berhadapan dengan isu- isu kemanusiaan bukan sahaja untuk masyarakat Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

"Hasil sumbangan dan kutipan pada hari tersebut diserahkan kepada wakil Islamic Relief, sebuah badan NGO yang sentiasa mendepani usaha- usaha kemanusiaan di seluruh dunia", kata Ismail.

USIM Street Dakwah membuat persembahan di Alamanda.

Program ini bermula sekitar jam 3.30 petang di lokasi berhampiran The Hub Alamanda Putrajaya.

Semasa majlis penutup, Encik Ismail Ahmed, selaku wakil USIM telah menyampaikan hasil kutipan kepada wakil Islamic Relief Malaysia. Usaha murni yang dilakukan oleh sebilangan pelajar USIM ini wajar diteruskan. Mengambil inisiatif bagi memperluaskan lagi usaha- usaha dakwah tersebut.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page