top of page

ENACTUS Pupuk semangat kitar semula

USIM, 22 Feb, - “Golden Oil” merupakan aktiviti keusahawanan sosial yang dikendalikan oleh pelajar ahli Enactus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini adalah suatu aktiviti kebajikan untuk menghijaukan bumi melalui pemeliharaan alam sekitar di kawasan sekitar Nilai, Negeri Sembilan.

Madam Siti Nurul Huda Nordin menyatakan sasarannya bagi program Golden Oil pada tahun ini agar dapat mengumpulkan minyak sebanyak sepuluh kilogram, selaku penasihat Enactus,

Projek ini dijalankan dengan mengumpul dan membeli minyak masak terpakai dan menjual minyak tersebut kepada kilang-kilang yang memerlukan. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa minyak masak terpakai secara terus ke bumi tanpa sebarang proses.

Menurut Ahmad Mahdiyuddin Abd.Manan selaku ketua Golden Oil, dengan memproses semula minyak terpakai dapat membantu ramai orang malah memberi manfaat yang banyak dengan pelbagai kegunaan.

“Hasil daripada jualan minyak-minyak ini akan diberikan kepada mereka yang terlibat seperti premis-premis yang memberikan minyak, mereka yang kurang pendapatan, dan juga suri rumah,” ujarnya dalam majlis ucapan ketika itu Selain itu, kelab ini juga telah melancarkan program-program seperti Mucacea (penanaman pisang), Golden Oil, Financial literacy(menolong kedai yang masih kekurangan modal) dan Claridae(penternak ikan keli).

Pertubuhan kelab bukan kerajaan(NGO) ini bergerak dibawah Pertubuhan Pembangunan Keusahawanan mahasiswa(PPKS) yang berkerjasama dengan Uni10 Energy bersama menjayakan program pengumpulan minyak secara berkala ini.

Pengarah Enactus Dr.Mohamad Yazis berkata “Dengan membuat pengumpulan minyak seperti ini, kita juga dapat menjaga alam sekitar dari tercemar”.

Perasmian yang diadakan di Pusat Kegiatan Pelajar(PKP) ini turut disertakan dengan pendaftaran bagi mahasiswa yang ingin menjadi ahli Enactus. Program ini dirasmikan oleh pengarah PPKS sendiri, Dr.Ummi Salwa binti Ahmad Bustaman.

https://www.facebook.com/EnactusUSIMGoldenOil/timeline

https://usimgoldoil.wordpress.com/

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page