top of page

Travelog Kemanusiaan Ubah Kehidupan dan Persepsi Aziz M.Osman.

USIM,NILAI - Travelog ini banyak memberi perkongsian menarik tentang keadaan di tanah arab GAZA diserang dengan tentera Israel hampir setiap hari.

Aziz M.Osman, 53, pengarah terkemuka tanah air memeriahkan lagi program Mahrajan Thaqafi 2.0 bertempat di Pusat Kegiayan Pelajar.

Menurut beliau, kehidupannya ebelum ini sebagai pengarah dan penerbitan filem menjadikan ia ingin berubah untuk membantu masyarakat GAZA yang dalam kesusahan.

Kehidupan di GAZA menjadi mimpi ngeri baginya apabila kali pertama menjejakkan kaki ke sana dan merintih hatinya serta berazam dan iltizam untuk terus membuat khidmat kemanusiaan ini.

Ujar Beliau ,"Saya sudah ada nama dalam seni tapi cukupkah itu amalan kita untuk kita jawab di depan Allah kelak" .

Beliau akui yang beliau sangat sibuk dahulu sampai satu ketika beliau inginkan isterinya menyertai aktiviti usrah diluar dan hampir setiap masa isterinya berkongsi cerita tentang apa yang dipelajari.

Namun beliau akhirnya sedar bahawa masih bnyak perkara yang beliau belum ketahui, hingga suatu masa beliau dipimpin hatinya ke masjid As-syakirin berdekatan KLCC berjumpa dengan program ini.

Akhirnya sehingga saat ini beliau menjadi duta Muslim-Care dan meneruskan kerjaya beliau sebagai khidmat kemanusiaan dan masih mengarah beberapa filem.

Program ini bermula jam 8.30 Malam dan berakhir pada 11 Malam.

Majlis Berakhir dengan sesi bergambar Aziz M.Osman bersama para panel dan mahasiswa USIM.

Buah Kurma sebagai hidangan untuk semua yang hadir ke program Travelog Kemanusiaan.

Hasil Lukisan yang dibawa dari GAZA. (gambaran sedih)

Gambar kanak-kanak perempuan yang tidak berdosa ini dibunuh, hasil lukisan dari anak-anak di GAZA.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page